Showing posts with label Culture. Show all posts
Showing posts with label Culture. Show all posts

Di sebuah negara yang tidak mengamalkan Islam sebagai agama rasminya telah menggubal undang-undang yang sepatutnya dilaksanakan di negara Islam seperti Malaysia. Sejenak penulis bagaikan kagum dengan perlaksanaan undang-undangnya yang mementingkan maruah manusia sejagat. Ikuti kisahnya yang bakal penulis kupas kulitnya sebentar lagi.

Baca seterusnya...

Ramai yang bertanya, mana satu kaedah yang paling baik untuk berkhatan? Jawapan saya - semuanya boleh belaka dan semuanya baik...

Biarlah saya cuba menceritakan kaedah2 yang saya tahu dan daripada pengalaman saya mengkhatankan mungkin sudah beratus kanak-kanak.

Baca seterusnya...

Musim berkhatan tiba lagi. Ramai ibu-bapa yang mengambil peluang untuk bercuti apabila tiba musim khatan. Ada juga yang ingin mengkhatankan anak pada waktu Sabtu dan Ahad untuk mengelakkan daripada mengambil cuti.

BAru-baru ini masuk dalam muka surat hadapan sebuah surat khabar berkenaan dengan seorang budak yang berkhatan menggunakan klamp yang menyebabkan anak tersebut dimasukkan ke dalam ICU. Saya tidak mengikuti cerita tersebut.

Baca seterusnya...

Adakah hukuman yang dijatuhkan ke atas pendera Nirmala Bonat terlalu zalim? Pasti anda masih ingat akan foto2 ngeri di atas. Semasa berita tentang pembantu rumah dari Indonesia diseterika dan disiksa oleh majikannya meletup, saya masih menjadi pengarang di Malay Mail. Kami membuat liputan besar2an tentang kisah ngeri serta menyayat hati ini. Hingga kini, sukar untuk dipercayai bahawa ada di kalangan kita di bumi bertuah ini yang boleh bertindak sebegitu kejam kepada insan lain.

Baca seterusnya...

Apa lagi yang mahu dikatakan selain kau sendiri menilainya! Nilai dari segala sudut dan buat ujikaji kau sendiri,

  • yang paling kau perlu titikberatkan ialah nilai dari sudut agama islam!
  • nilai dari sudut kemanusiaan dan moral.
  • psikologi individu itu sendiri, ingat kau dan aku masih ada keturunan dan generasi yang nakal menjadi pelapis suatu hari nanti.

Baca seterusnya...

Semakin tua dunia ini, semakin hebat pengaruh luar yang merosakkan jiwa remaja terutama penyanyi dikir barat di Kelantan. Keaslian dikir barat juga kian terhakis oleh penerbit-penerbit vcd dikir barat di Kalantan yang 100% melayu cuba membawa imej buruk dalam dunia dikir barat.

Baca selanjutnya...

Akhir-akhir ini penonton TV3 suku sering disogokkan dengan slot drama seram. Antaranya ialah Anak Pontianak, Susuk, Saka, Puaka Niyang Rapik dan lain-lain lagi. Senario ini terjadi akibat penangan Pontianak Harum Sundal Malam karya Shuhaimi Baba yang meletup di pasaran. Rentetan daripada kejayaan filem terbabit, maka ramailah para karyawan mula menghasilkan filem dan drama bercorak seram. Memang dasar manusia, apabila sesuatu benda baru sukses, maka ramailah yang akan meniru.

Baca selanjutnya...

Pada entri yang lepas, aku ada menceritakan mengenai makanan yang terdapat di Korea. Untuk entri kali ini pula, aku ingin berkongsi dengan korang semua mengenai budaya hidup masyarakat di Korea.

Baca selanjutnya...

Kamu tentu pernah melihat situasi dimana seseorang yang mempunyai tabiat melatah diusik oleh seseorang yang lain. Lazimnya latah dikaitkan dengan wanita yang berusia namun masih boleh berlaku pada mana-mana jantina, peringkat usia dan latar belakang sosial. Pelatah akan bertindak balas secara spontan apabila mereka terkejut atau dicuit.

Baca seterusnya...

Masa penulis bersekolah dahulu, hubungan adik angkat / abang angkat / kakak angkat sangat popular. Boleh dikatakan hampir 80 peratus dari rakan sekelas penulis mempunyai hubungan seperti itu. Hal ini juga berjangkit kepada penulis. Zaman itu penulis belum mengerti lagi apa rasionalnya hubungan sedemikian. Namun yang pasti, penulis sememangnya pernah mempunyai beberapa orang abang angkat / kakak angkat dan juga adik angkat.

Baca seterusnya...

Hehe kisah benar ini saya paparkan di sini buat tatapan rakan-rakan blog saya

Ahmad (bukan nama sebenar) bekerja sebagai seorang Pemandu Lori jarak jauh, mempunyai seorang isteri dan lima orang anak. Sebagai seorang Pemandu Lori, Ahmad sering keluar kawasan. Paling kerap destinasi Ahmad ialah ke Pantai Timur. Kalau dah keluar tu, maka berhari-harilah Ahmad tak balik ke rumah. Entah di mana dia tidur taklah diketahui oleh istei dan anak-anak. Yang paling pasti dan sering diberitahu kepada isterinya ialah menginap di hotel atau resort. Isteri tersayang amat percaya dengan kata-kata Ahmad.

Baca seterusnya...

Hehehe..Kisah ni agak melucukan. Menyakitkan hati pun ada, terutama hati seorang isteri yang suaminya suka makan luar. Kisah ini saya petik daripada email seorang kawan…bacala.

cuba baca yg no 9 tuh geli hati saya..

Seringkali berlaku perselisihan rumahtangga disebabkan oleh sikap suami yang suka makan luar. Tabiat ini kadangkala boleh meruntuhkan rumahtangga yang telah sekian lama dibina.

Baca seterusnya...

Secara amnya, budaya (culture) bermaksud cara hidup manusia. Ia merupakan satu proses perkembangan sahsiah, akal, semangat dan usaha manusia dalam sesuatu kelompok. Perkara ini dapat dilihat melalui etimologi perkataan "budaya" yang bermaksud " budi + daya "; yakni budi sebagai aspek dalaman manusia yang meliputi akal dan nilai, manakala daya sebagai aspek lahiriah manusia yang meliputi usaha dan hasilan.

Baca selanjutnya...

Masyarakat (society) merupakan istilah yang digunakan untuk menerangkan komuniti manusia yang tinggal bersama-sama. Boleh juga dikatakan masyarakat itu merupakan jaringan perhubungan antara pelbagai individu. Dari segi perlaksaan, ia bermaksud sesuatu yang dibuat - atau tidak dibuat - oleh kumpulan orang itu. Masyarakat merupakan subjek utama dalam pengkajian sains sosial.

Baca selanjutnya...

Selipar jepun... Benda yang sepasang nie jarang kita ambil perhatian... yelah benda yang sangat remeh tapi sangat diperlukan pada masa-masa tertentu. Di negara kita yang mempunyai iklim tropika, selipar jepun menjadi pilihan untuk acara bukan formal supaya kaki tak berpeluh...

Tapi kenapa citer pasal selipar jepun?

Baca seterusnya...